Arsip

Posts Tagged ‘imamiyyah’

MENJAWAB SYI’AH: HADITS 12 KHALIFAH

5 Maret 2011 1 komentar

Gambar rekaan Kaum Syiah: 12 Imam Syiah

Di antara hadits yang terdapat di dalam kitab-kitab Ahlus Sunnah wal Jama’ah yang sering dijadikan hujah oleh golongan Syi’ah untuk menguatkan pegangan mereka adalah hadits 12 khalifah yang terdapat di dalam kitab seperti Shahih Muslim, Jami’ Tirmidzi, Sunan Abi Dawud.

Sebelum membincangkan berkenaan kebenaran dakwaan mereka kita lihat hadits-hadits tersebut.

حدثنا ابن أبي عمر. حدثنا سفيان عن عبدالملك بن عمير، عن جابر بن سمرة. قال سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول (لا يزال أمر الناس ماضيا ما وليهم اثنا عشر رجلا. ثم تكلم النبي صلى الله عليه وسلم بكلمة خفيت علي. فسألت أبي: ماذا قال رسول الله صلى الله عليه وسلم؟ فقال كلهم من قريش

حدثنا نصر بن علي الجهضمي. حدثنا يزيد بن زريع. حدثنا ابن عون. ح وحدثنا أحمد بن عثمان النوفلي (واللفظ له). حدثنا أزهر. حدثنا ابن عون عن الشعبي، عن جابر بن سمرة. قال: انطلقت إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم ومعي أبي. فسمعته يقول (لا يزال هذا الدين عزيزا منيعا إلى اثني عشر خليفة) فقال كلمة صمنيها الناس. فقلت لأبي: ما قال؟ قال (كلهم من قريش(

Daripada Jabir bin Samurah –radhiyallaahu ta’ala ‘anhu- katanya, “Aku pergi kepada Rasulullah –shallallaahu ‘alaihi wa sallam- dan ayahku bersamaku, lalu aku mendengar Baginda bersabda, “Agama ini akan terus mulia dan teguh sehingga ke dua belas orang khalifah, lalu Baginda berkata dengan kalimah yang orang ramai tidak mendengarnya, maka aku berkata kepada ayahku, “Apakah yang Baginda katakan? Ayahku menjawab, “Semua mereka dari Quraisy.” (Riwayat Muslim) Baca selanjutnya…