Beranda > Syariah > MENJAWAB SYI’AH: HADITS 12 KHALIFAH

MENJAWAB SYI’AH: HADITS 12 KHALIFAH

Gambar rekaan Kaum Syiah: 12 Imam Syiah

Di antara hadits yang terdapat di dalam kitab-kitab Ahlus Sunnah wal Jama’ah yang sering dijadikan hujah oleh golongan Syi’ah untuk menguatkan pegangan mereka adalah hadits 12 khalifah yang terdapat di dalam kitab seperti Shahih Muslim, Jami’ Tirmidzi, Sunan Abi Dawud.

Sebelum membincangkan berkenaan kebenaran dakwaan mereka kita lihat hadits-hadits tersebut.

حدثنا ابن أبي عمر. حدثنا سفيان عن عبدالملك بن عمير، عن جابر بن سمرة. قال سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول (لا يزال أمر الناس ماضيا ما وليهم اثنا عشر رجلا. ثم تكلم النبي صلى الله عليه وسلم بكلمة خفيت علي. فسألت أبي: ماذا قال رسول الله صلى الله عليه وسلم؟ فقال كلهم من قريش

حدثنا نصر بن علي الجهضمي. حدثنا يزيد بن زريع. حدثنا ابن عون. ح وحدثنا أحمد بن عثمان النوفلي (واللفظ له). حدثنا أزهر. حدثنا ابن عون عن الشعبي، عن جابر بن سمرة. قال: انطلقت إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم ومعي أبي. فسمعته يقول (لا يزال هذا الدين عزيزا منيعا إلى اثني عشر خليفة) فقال كلمة صمنيها الناس. فقلت لأبي: ما قال؟ قال (كلهم من قريش(

Daripada Jabir bin Samurah –radhiyallaahu ta’ala ‘anhu- katanya, “Aku pergi kepada Rasulullah –shallallaahu ‘alaihi wa sallam- dan ayahku bersamaku, lalu aku mendengar Baginda bersabda, “Agama ini akan terus mulia dan teguh sehingga ke dua belas orang khalifah, lalu Baginda berkata dengan kalimah yang orang ramai tidak mendengarnya, maka aku berkata kepada ayahku, “Apakah yang Baginda katakan? Ayahku menjawab, “Semua mereka dari Quraisy.” (Riwayat Muslim)

حدثني محمد بن المثنَّى: حدثناغندر: حدثنا شعبة، عن عبد الملك: سمعت جابر بن سمرة قال: سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول: (يكون اثنا عشر أميراً فقال كلمة لم أسمعها، فقال أبي: إنه قال: (كلهم من قريش(

Jabir bin Samurah –radhiyallaahu ta’ala ‘anhu- berkata, Aku mendengar Rasulullah –shallallaahu ‘alaihi wa sallam- bersabda, “Akan ada dua belas orang amir, lalu baginda berkata dengan kalimah yang aku tidak dengarinya, ayahku berkata, ”Semuanya mereka dari Quraisy.” (HR.  Tirmidzi).

ـ حدثنا عمرو بن عثمان، ثنا مروان بن معاوية، عن إسماعيل يعني ابن أبي خالد عن أبيه، عن جابر بن سمرة قال: سمعت رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم يقول: “لايزال هذا الدِّين قائماً حتى يكون عليكم اثنا عشر خليفةً، كلهم تجتمع عليه الأمة” فسمعت كلاماً من النبيِّ صلى اللّه عليه وسلم لم أفهمه، قلت لأبي: ما يقول؟ قال: كلهم من قريش.

Daripada Jabir bin Samurah –radhiyallaahu ta’ala ‘anhu- katanya, aku mendengar Rasulullah bersabda, “Agama ini akan terus teguh sehingga memerintah kamu dua belas orang khalifah, semua mereka ini disepakati oleh ummat.” (HR. Abu Dawud)

Golongan Syi’ah mengatakan 12 khalifah atau amir yang terdapat di dalam hadits tersebut adalah 12 imam maksum di sisi mereka. Ulama-ulama Ahlus Sunnah wal Jama’ah menolak pendapat mereka dengan beberapa hujjah. Antaranya adalah:

Pertama: Di dalam hadits tersebut Nabi –shallallaahu ‘alaihi wa sallam- menggunakan kalimah amir atau khalifah dan tidak ada satupun riwayat yang menyebutkan kalimah imam dengan mufrad atau aimmah dengan lafadz jama’.

Kalau dipandang kepada kalimah sajapun sama sekali tidak menepati imam-imam Syi’ah karena kalimat amir atau khalifah digunakan kepada pemerintah. Sedangkan di kalangan imam-imam Syi’ah hanya dua org saja yang menjadi pemerintah.

Kedua: Rasulullah –shallallaahu ‘alaihi wa sallam- bersabda, “Agama ini akan terus mulia dan teguh sehingga 12 orang khalifah atau amir.”

Di sisi Ahlus Sunnah wal Jama’ah agama Islam begitu gemilang selama pemerintahan 12 orang khalifah bermula dari zaman khalifah pertama Abu Bakar as-Siddiq –radhiyallaahu ta’ala ‘anhu- sehingga 12 orang khalifah.

Bukankah di zaman-zaman tersebut musuh-musuh Islam begitu takut dengan kekuatan kerajaan Islam dan mereka tidak mampu untuk memerangi umat Islam? Bukankah itu buktinya Islam begitu mulia dan teguh?

Namun begitu musuh-musuh Islam tidak akan berdiam diri bilamana mereka tidak dapat memerangi umat Islam pada ketika itu tapi dendam yang bersarang di hati mereka mendorong mereka untuk merusak sejarah gemilang umat Islam tersebut. Lalu tersebarlah cerita-cerita dari mereka-mereka yang jahat dan bermaksud utk menggelapkan sejarah gemilang umat islam di zaman awal Islam seperti cerita-cerita antaranya yang memburukkan khalifah umat Islam Mu’awiyah –radhiyallaahu ta’ala ‘anhu- serta anaknya Yazid.

Dengan itu hadits ini memang tepat untuk dua belas khalifah di kalangan Ahlus Sunnah wal Jama’ah dan sememangnya hadits ini merupakan salah satu mukjizat Rasulullah –shallallaahu ‘alaihi wa sallam- setelah kewafatannya.

Dan juga jikalau dilihat kepada hadits ini “Rasulullah –shallallaahu ‘alaihi wa sallam- bersabda, “Agama ini akan terus mulia dan teguh sehingga 12 orang khalifah atau amir.”

Maka langsung tidak tepat untuk imam-imam Syi’ah karena:

Mengikut Syi’ah, Imamah (zaman dua belas imam) berlangsung sehingga kini dengan mereka mengatakan zaman ini adalah zaman imam yang kedua belas mereka iaitu Muhammad bin Hasan al-‘Askari yang diberi gelar al-Qaaim serta merupakan imam mahdi mereka (sekarang ini masih ghaib entah akan keluar atau tidak, mungkin takut dibunuh oleh Syi’ah sendiri).

Kalau kita melihat kepada hadits tersebut yang berbunyi, “Agama ini akan terus mulia dan teguh sehingga 12 orang khalifah atau amir,” bermakna langsung tidak bertepatan dengan pegangan Syi’ah karena zaman imam ke-12 mereka (sekarang bahkan bermula lebih dari seribu tahun yang lalu) bukanlah merupakan zaman kegemilangan, kemulian, keteguhan Islam tapi zaman kini adalah merupakan zaman kelemahan, kehinaan umat Islam.

Ketiga: Sabda Rasulullah –shallallaahu ‘alaihi wa sallam-, “Semua mereka dari Quraisy.”

Andaikata itu bertepatan dengan pegangan Syi’ah niscaya Nabi -shallallaahu ‘alaihi wa sallam- akan menjelaskan dengan sejelas-jelasnya dan akan berkata, “Dari kalangan Ahlul Baitku.”

Dan kalau diperhatikan pada hadits ini memang bertepatan dengan pegangan Ahlus Sunnah wal Jama’ah dimana 12 khalifah tersebut memang dari kalangan Quraisy dan berasal dari berbagai-bagai kabilah Quraisy. Karena itu Nabi –shallallaahu ‘alaihi wa sallam- mengatakan, “Semuanya dari Quraisy yang menunjukkan berbagai keluarga serta kabilah mereka bukannya dari satu keluarga atau satu kabilah.”

Kesimpulannya: Kalau diperhatikan kepada hadits tersebut langsung tidak terdapat isyarat secara jelas perlantikan imam-imam Ahlul Bait sebagai imam maksum serta wajib ditaati sebagaimana mengikut paham Syi’ah.

Wallahu ta’ala a’lam.

source: http://dakwahwaljihad.wordpress.com/2011/03/04/menjawab-syiah-hadits-12-khalifah/

  1. 19 Juni 2011 pukul 08:33

    nampaknya perbezaan mazhab sudah menhampiri kpd perpaduan umat. Bila semua sudah bertemu dgn hadis mengenai 12 khalifah, perpaduan mazhab semakin jelas. Yg masih berbeza tentang tafsiran antara khalifah dan imam. Satu pihak kata khalifah bukan imam. Satu pihak lain kata khalifah itulah imam. Jelas bahawa perbezaan pada definasi sahaja. Mereka yg ikhlas akan akhirnya bertemu dgn kebenaran.

    Saya cadangkan jangan ribut2 dgn definasi. Bersikap terbuka untuk perpaduan islam lebih mulia.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan komentar